Kehidupan Awal Putera_Harry,_Duke_Sussex

Putera Harry diputerakan di Hospital St. Mary di Paddington, London, England, pada 15 Sepetember 1984. Baginda dibaptiskan pada 21 Disember 1984, di Gereja St. George, Istana Windsor oleh Archbishop of Canterbury, Robert Runcie. Bonda dan ayahanda pembaptisan Harry ialah Putera Andrew, Duke York (ayahanda saudara baginda), Lady Sarah Armstrong-Jones (saudara ayahanda baginda), Lady Vestey, Mrs. William Bartholomew, Bryan Organ dan Gerald Wald, bekas pegawai di Household Cavalry.

Diana mahukan Harry dan William mempunyai pengalaman yang berbeza daripada paduka anakanda diraja sebelumnya seperti membawa mereka ke Disney World, McDonald, Klinik AIDS dan tempat kediaman untuk gelandangan. Putera Harry mula menemani bonda dan ayahandanya ke lawatan rasmi diraja pada umur yang sangat muda; lawatan rasmi diraja luar negaranya yang pertama ialah pada tahun 1985 di Itali. Diana, Puteri Wales telah membuat keputusan untuk membawa Putera William, Duke Cambridge, yang pada waktu itu masih bayi ke Austarlia.

Kedua-dua bonda dan ayahanda Putera Harry bercerai pada tahun 1996, dan diikuti dengan kemalangan jalan raya yang meyebabkan kematian Puteri Wales pada tahun berikutnya. Harry dan William yang tinggal di Istana Balmoral pada waktu itu, diberitahu oleh ayahnya Charles,Putera dari Wales. Harry yang berusia 12 tahun mememani ayahandanya, kakandanya, ayahanda saudaranya (Earl Spencer ke-9) dan datuknya berjalan di belakang keranda bondanya dari Istana Kensington ke Westminster Abbey.